Protected by Copyscape Duplicate Content Finder

Feb 22, 2011

SATU

Hani:

Aku pandang lagi susuk tubuh itu. Bahasa badan dia sangat menarik perhatian aku. Gerak langkahnya, senyumnya, ketawa dia... Semuanya melekakan aku. Dia berbaju hitam, berseluar jeans lusuh. Rambutnya dibiarkan kusut masai tapi kemas, sangat sesuai dengan bentuk mukanya yang bujur runcing.

Kebanyakan masa, dia lebih suka mendiamkan diri. Serius. Jarang sekali aku lihat dia menyertai rakan-rakannya berbicara. Sesekali saja, dia tersengih lucu mendengar jenaka yang lain mungkin. Bagai ada satu aura pada dia yang membuatkan aku tak puas memerhatikannya.

Asyik memerhati, dia menoleh keatas, kearah aku tiba-tiba. Riak wajahnya yang sebelum ini serius, berubah riak melihat aku. Tersentak, cepat-cepat aku berlalu masuk kedalam bilik.

“Hah. Kau ni kenapa, Hani? Muka merah macam kena panggang ni apahal?” Itu Diya, sepupu aku. Abang kandungnya yang kami panggil Along berada di tingkat bawah, bersama lelaki tadi. Aku sengih.

“Siapa mamat tu weyh?”

“Siapa? Siapa?!” Marsha yang baru masuk kebilik bertanya teruja.

“Amboi.... Kalau pasal meng-usha orang, laju je kau eh? Masuk bilik terus excited nak tau! Kalau mak ngah suruh masuk dapur bukan main lagi kau mengelat.” Aku mengusik. “Tengok lah budak ni kejap... Siapa tu?”

Dari celah langsir tingkat atas, kami bertiga mengintai lagi. Jari telunjuk aku arahkan pada si baju hitam. Jantung aku berdegup pantas melihat senyuman dia. My oh my. What happened to me now...

“Baju hitam tu ke?” Diya mengalih pandang ke arah aku. Aku angguk, sengih nakal.

“Shah la tu!” Marsha pula yang menjawab. Orang lain yang bertanya, yang lain pula tolong jawabkan. Baguslah. Adik beradik sehati-sejiwa.

“Kawan Along ke?”

Mereka mengangguk serentak.

“Kenapa? Kau pun suka jugak?”

“Aku pun suka?” Aku membalas pertanyaan. “Maksudnya?”

“Ramai suka dia.” Diya melangkah ke katil. Aku dan Marsha membontoti, menunggu Diya menghabiskan ayatnya. “Tapi... masalahnya, dia tu tak layan siapa-siapa pun. Entah apa kena dengan otak dia tu.”

“Iye?” Aku pura-pura terkejut. Walau hati berbunga riang. Maksudnya dia masih single! “Aku syak dia gay lah. Tu pasal tak layan perempuan kot? Entah-entah dia partner Along tak?” Kami bertiga bantai gelak.

“Apa Along-Along ni hah? Mengumpat ke apa?” Along mampir kearah aku. Entah bila dia masuk kerumah, tiba-tiba sahaja berada di bilik Marsha dan Diya. Tangannya hitam, bersalut entah minyak apa dari motosikal yang dibaikinya. Along mengacah-acah tangannya kemuka aku.

“ALONGGGG!!!! Janganlah!!” Kuat aku menjerit. Along ketawa terkekek-kekek.

“Acha, tolong buat air kejap. Dahaga lah.” Pandangan Along beralih pada Marsha. Marsha cepat-cepat berlalu ke dapur, takut mukanya menjadi kain lap tangan abangnya.

Along melabuhkan punggungnya ke katil, bersebelahan dengan aku. Tidak melepaskan peluang, aku segera bertanya.

“Along, budak comel tu siapa?”

Along memandang aku satu macam. “Budak comel? Along ke?”

“Ceit! Perasan!” Bahu Along aku pukul kuat. Dia mengaduh lalu ketawa kemudiannya melihat aku memuncungkan mulut.

“Ala, merajuk pulak.. Siapa? Shah ke?”

Sengih. Aku angguk laju.

“Eh tadi tanya siapa? Kan Hani dah kenal tu?”

“Yela.. Nak confirmkan aje... Along, Diya cakap dia tak layan perempuan. Betul eh?”

Along jungkit bahu. “Entah. Tak pernah pulak dengar dia cerita pasal perempuan. Ada orang kacau-kacau dia pun, dia tak layan, tak balas mesej pun. Betul lah kot.” Along mengerling, “Kenapa? Hani suka ke?”

“Ish! Taklah!” Aku menidakkan, walaupun aku sedar muka aku sudah berubah rona. Panas. “Nak cuba kacau dia boleh?” Aku sengih nakal. Along gelak lagi.

“Nombor dia ada dalam handphone Along. Tapi Along tak nak terlibat okay? Korang pandai-pandailah.”

“Baek boss!” aku angkat tabik sebelum pipi aku dicalit minyak berwarna hitam. “ALONGGG!!!!”


feb26/10

No comments: