Pukul 5 petang, sementara menanti Along tiba membawa makanan yang dipesan, aku mencapai novel Hatiku di Harajuku milik Marsha yang sedang menyediakan teh untuk minum petang. Diya pula menghilang entah kemana selepas puas bercerita sebentar tadi.
Tenggelam didalam cerita yakuza karya Ramlee Awang Murshid itu, aku dikejutkan dengan suara nyaring Marsha dari dapur.
"Hani! Along dah sampai! Pergi ambilkan kejap!"
Ceit. Orang tengah suspen ni kacau pulak.
Aku melangkah malas turun ke bawah. "Lain kali korang buat rumah setingkat je boleh tak? Penat lah aku nak naik turun rumah korang ni!" Aku membalas laungan Marsha sebentar tadi. Dari jauh, aku dengar Marsha ketawa melayan karenah aku. Melangkah ke ruang tamu, aku lihat Diya sedang khusyuk melayari internet tanpa mempedulikan Along yang berada di luar rumah.
"Hoi. Siput sedut betul lah kau ni, Ya. Telinga kau tercabut ke apa? Aku yang dalam bilik tu kena turun pegi amik roti canai yang kau ni duduk bermaharajalela kat depan pulak. Kau ada penyakit Alzhemeir eh? Kan aku dah membebel. Hish."
Diya tenung aku lama.
"Apa kena penyakit tu dengan aku main facebook?"
"Entah. Aku main sebut je." Aku sengih, berlalu membuka pintu rumah. Along sudah terpacak dihadapan dengan bungkusan roti canai di tangan.
"Baru Hani perasanlah. Handsome jugak Along ni eh? Jom kawen nak? Hantaran enam puluh ribu, amacam?"
Dia tergelak. "Hish! Macam-macam. Dahlah, Along nak keluar kejap." Kepala aku digosok-gosok macam anak kucing.
"Along nak pergi mana lagi? Duduk diam-diam kat rumah macam kitorang tak boleh ke? Ni la remaja zaman sekarang tau keluar melepak aje. macam mana kita nak maju? Saya sebagai perdana menteri amat kesal dengan kamu, remaja." Tergeleng-geleng aku memberi syarahan dalam gurauan.
Lekuk. Kepala aku terasa sakit tiba-tiba.
"Tak payah membebel depan rumah. Banyak cakap pulak. Ambik balik roti canai tu karang." Along menarik plastik yang aku pegang.
Aku tarik balik. "Eh tak boleh! Buruk siku nanti!"
Along ketawa kecil. "Dahlah, pergi masuk. Along dengan Shah nak beli barang kejap."
"Shah?!" Mata aku terbuntang, merenung Along lama-lama. Along mengangguk, keningnya diangkat nakal. Senyumannya mengejek aku. Padan muka.
Aku mengintai sesusuk tubuh dibelakang Along. Shah berada disitu, menanti Along dengan motosikalnya. Wajahnya tiada reaksi, cuma matanya saja merenung aku dalam seakan memberitahu aku sesuatu yang tak dapat aku tafsirkan. Eh control.... Control...
"Ehem." Aku berdehem kuat, buat-buat rileks. "Okay. Lu blah ah. Wa nak masuk dalam makan rojak." Tiba-tiba berubah jadi gangster, konon tunjuk tough.
"Rojak apa?" tanya Along pelik. Yang dibelinya tadi roti canai, bukan rojak.
"Rojak wa buat tadi. Rojak malu nama dia. Chow." Aku memecut masuk. Pintu rumah dihempas kuat dan kemudian aku mengintai dari celah tingkap. Sesudah aku benar-benar pasti Along berlalu bersama Shah, aku berpaling kearah Diya dan Marsha yang berada di ruang tamu.
Nafas aku tarik panjang-panjang.
"MALUNYA AKU!!!!!!!"
feb27/10
5 comments:
ish..
xmalu la...
mint jom wt rojak
hahaha
uhuk. ko buat ah. aku tak rase pape.. wahaha trase eh, hani? lol
jeng jeng jeng!!!!
hahahahaha
sapekahh?
muahahahahaha tekakah
Post a Comment