Seakan terlepas rasa amarah saat kereta yang dipandu memecut laju, memotong setiap kereta yang ada. Kalau racing dengan Schumaker pun, confirm aku kalah. Heh. Aku sengih sendiri.
Menanti lampu isyarat bertukar hijau, aku menyandar di kerusi. Mata yang kini sudah kering dengan air mata, dipejam rapat. Bestnya kalau dapat tidur....
HONNNNNNN!!!!!!
Tersentak. Rasa macam nak luruh jantung dibuatnya. Aku naik geram. Jalan itu cukup lengang. Langsung tiada kenderaan lain. Yang ada hanya sebuah kereta Wira dibelakang aku. Cermin kereta diturunkan pantas.
"Hoi sabarlah bodoh! Aku tau lah bawak kereta ni!" Aku menjerit kuat. Tapi sia-sia aje jerit kalau dia tutup tingkap. Memang tak dengar lah.
Gear ditolak ke kedudukan D. Stereng kereta dipulas kekanan, memasuki jalan kampung. Kereta di belakang turut sama. Kali ini sengaja pula menggunakan high beam, konon memaksa aku ketepi.
"Dah nak potong, potong je lah. Bukan ada kereta pun belah sana!" Aku mengomel sendiri sambil memandang pada meter kereta. sudah hampir 100km/jam.
"Ni jalan kampung lah! Agak-agak la! Bangang pulak manusia zaman sekarang ni! Hish marahnye aku!"
Aku buat bodoh. Mamat-mamat dalam kereta belakang ni memang sengaja cari pasal. Tak cukup dengan lampu tinggi, di hon-hon kan pulak lagi. Mentang-mentang aku sorang ye. Nanti kau!
Kenderaan dilajukan. Mahu cepat sampai kerumah Along. Kereta Wira itu juga semakin laju, sengaja membontoti rapat. Masih belum puas bermain dengan hon kereta dan lampunya.
Aku menekan brek tiba-tiba. Kereta yang aku pandu diberhentikan betul-betul dihadapan pagar rumah Along. Cermin sisi dipandang. Kereta Wira tadi juga berhenti dibelakang.
Owh. Nak main kasar ye?
Pintu kereta ditolak kasar. Aku turun, melangkah geram kepintu pemandu. Lelaki itu turut menapak keluar dari keretanya. Tinggi, dan...
"Hensem....." Eh? Confuse. "Hoi! Ape lampu kereta kau rosak ke hah? Bak sini aku pecahkan terus lampu kau! Kau umur berapa ni nak main-main dengan hon kereta bagai ni?!" Suara aku macam halilintar. Sendiri dengar pun sakit telinga. Tapi dia hanya sengih, menahan gelak.
"ehhhh! Tak kelakar lah bodoh! Gila apa?"
"Mak aii garangnye awak. Dahlah bodoh, awak bagi gila pulak lagi. Saya baru 4 tahun kot. baru je belajar bawak kereta. Tu yang jakun sikit bila jumpa hon kereta ni." Dia tergelak sendiri. Meluap-luap rasanya api kemarahanku. Aku mengepal penumbuk. Kalau aku bagi ni, mau berterabur gigi kau...
Mata aku beradu pandang dengannya. Kehenseman dia pun tak mampu mencairkan hati aku. Kalau Matsujun ada disebelah sekalipun, tak hingin aku nak pandang dah. Baru saja aku membuka mulut untuk bersuara, si penumpang kereta itu membuka pintu. Pandangan aku teralih, terpaku pada sesusuk tubuh tegap berbaju hitam.
Shah...
Aku toleh semula kearah lelaki dihadapan. Jari telunjuk aku angkat tinggi kemukanya.
"Kau..... Ahh!" Tayar kereta Wira itu aku tendang sekuat tenaga lalu berlari pantas masuk kedalam rumah.
"Eh Hani? Baru tadi Mama Hani call..." Along terpempan memandang aku. Jelingan tajam aku hadiahkan.
"Kirim salam maut kat kawan Along tu!"
"Erk!"
May 4th, 2010
1 comment:
suke2..hihihi
smbg byk2 ag tau...aku xsempat r nk edit ko nyer hikayat ney..
Post a Comment